Thursday, April 28, 2011


Lokasi: Meja Laptop Nama-Nami
Blog:
Teh Tarik Gelas Besar
Facebook:
facebook.com/comradenami
Twitter:
twitter.com/comradenami

Direct to the point

Aku sedang crack. Aku baru lepas dibuang kerja, dan sekarang aku menganggur. Sementara mendapatkan kerja baru untuk aku "support" kehidupan aku, maka aku bercadang nak meluaskan penjualan novel-novel tulisan aku. Kalau sebelum ini, aku lebih banyak menjual novel dalam bentuk fizikal, maka kali ini aku nak jual dalam bentuk e-book (fail pdf) pula. Harapan aku supaya teman-teman pembaca Teh Tarik Gelas Besar ataupun Awek Chuck Taylor akan memberikan sepenuh sokongan dengan turut sama membantu menyebarkan halaman blog ini.

Siapa Aku?

Bagi yang belum kenal dengan aku, aku juga orang biasa macam korang. Panggil saja aku Nama-Nami. Aku ialah seorang blogger. Korang boleh baca tulisan-tulisan aku di beberapa blog milik aku, iaitu Teh Tarik Gelas Besar, tehtarikgelasbesar.tumblr.com dan awekchucktaylor.blogspot.com. Selain itu, aku juga turut menjadi "penulis tamu" di beberapa blog lain seperti Terfaktab - Definisi Cinta Infiniti serta Sokerleaks.

Menulis memang merupakan kegemaran aku, dan menjadi seorang penulis pula adalah impian aku sejak kecil lagi. Seawal umur 7 tahun, ketika teman-teman sebaya aku menjawab "polis, doktor, dan bomba" apabila ditanya tentang cita-cita, aku pula menjawab, "saya ingin menjadi penulis dan penyanyi rock!".

Mungkin kerana ketika aku kecil, apabila orang lain mendapat permainan sebagai hadiah, aku pula diberikan buku dan pensel. Maka tak hairanlah seawal umur 3 tahun pun aku dah boleh membaca surat khabar milik bapak aku.